Followers

Thursday, July 16, 2009

HELP!!!

SEREMBAN 15 Julai - Seorang ahli perniagaan hari ini tampil menghulurkan sumbangan wang tunai RM5,000 dan cek berjumlah RM20,000 bagi menampung kos rawatan seorang pelajar, Nur Fathini Roslan, 14, yang menghidap penyakit radang usus.

Pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jempol itu ketika dihubungi di asrama sekolah berkenaan hari ini berkata, dia bersyukur kerana masih ada individu yang prihatin terhadap penderitaannya.

''Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan prihatin dengan penderitaan yang saya alami ini," katanya dengan nada lemah kerana kesan sampingan daripada penyakit yang dialaminya itu.

Kisah Fathini menghidap penyakit radang usus yang berterusan pada saluran penghadaman itu disiarkan di dalam sisipan Mega Utusan Malaysia Isnin lalu.

Pelajar itu dilaporkan menderita akibat penyakit tersebut sejak berusia 11 tahun lagi yang menyebabkan dia menderita sakit perut secara berterusan.

Sementara itu, ibunya, Mariam Abdullah, 40, berkata, ahli perniagaan yang enggan dikenali itu akan membantu Fathini dalam membiayai kos rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) yang dianggarkan sebanyak RM40,000.

Ditanya dengan sumbangan itu, katanya, dia begitu gembira dan terharu dengan sumbangan yang dianggap penuh bermakna.

''Dengan adanya sumbangan ini, saya akan segera menghubungi PPUM untuk membuat temu janji bagi membolehkan Fathini menjalani rawatan dengan segera," katanya pada penyampaian sumbangan wang dan cek itu di Kuarters Balai Polis Kuala Pilah hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh seorang akauntan yang bekerja di syarikat milik ahli perniagaan berkenaan.

Semalam, Fathini turut menerima sumbangan peribadi berbentuk wang tunai daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein melalui bapanya, Sarjan Roslan Mohd. Said.

Sumbangan itu disampaikan oleh pegawai khas menteri di balai polis tersebut.

Kelmarin, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek turut menyumbangkan bantuan kepada pelajar itu.


FACE you can TRUST

Apa yang akan aku sampaikan ni......x ada kene mengene langsung dengan berita di atas......hanya untuk berkongsi pengalaman aku jek.......

pernah dengar kan pepatah melayu 'Sediakan payung sebelum hujan....'

mentaliti orang kite dahulu masih cetek.....dan bila nampak jek agen Insurans....berkeliaran semua angkat kaki......

jadinye......apa yg kite dapat bila ditimpa kesusahan sekarang? koreklah duit simpanan kat dalam bank or ASB......yang kite banggakan banyak dividennya tiap tahun..... cukup ke untuk menanggung kos perubatan? xcukup lagi........so apa yang selalu org kite lakukan?

1). Pinjam dari sedara mara n sahabat handai.......

masalahnye......ada ke sedara mara atau sahabat handai tu bermurah hati nak bagi duit sendiri selepuk? jawapannya ada pada anda....anda sebagai sahabat.....nak ke bagi pinjam sedangkan poket untuk tanggung diri sendiri pun susah nak sampai ujung bulan....

so kalau x mencapai sasaran yang nak dicapai....terpaksa la cari alternatif lain.....

2). Jual aset yang ada....harta...masalahnya ada ke harta?

nak jual kete....nnti nk ulang alik ke mana2 nak naik apa? nak jual umah? payah2....nnak bergolok bergadai emas? bila nak tebusnye pulak?

xmencapai target jugak....

3). jalan yang last sekali.........mintak la derma...kat suratkhabar ataupun....tv....

ada ke yg nak menderma? tanya balik diri sendiri, dah berapa ribu yang korang derma melalui sms tu? seingat aku la.....sekali jek aku transfer duit rm10 kat maybank.....tapi aku pun lupa yang mana satu kes yang aku sayu sangat sampai leh aku derma.....


susah......xde orang yang boleh tolong kite selain diri kite sendiri......ada ke org kite sekarang.....menyimpan utk menghadapi sakit pada masa depan? ada? huh......


pikir2 kan lah.........selamat beramal!!!






No comments:

Blog Widget by LinkWithin

Mungkin Mengubah Hidup Anda?

S.U.D.O.K.U GAME aku suke!

 

Blog Template by YummyLolly.com | Design Edited by MyBlogSaloon