Followers

Friday, July 24, 2009

Kenali Yasmin Ahmad- Alfatihah

Yasmin diserang strok

KUALA LUMPUR 23 Julai - Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara selepas pengsan ketika membentangkan kertas kerja di TV3, Bandar Utama, dekat sini.

Pengarah berusia 51 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan koma tetapi stabil.

Beliau dipercayai diserang angin ahmar dan mengalami pendarahan di bahagian kepala.

Antara yang turut serta dalam sesi pembentangan kertas kerja di TV3 itu ialah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

Siti berkata, selepas kira-kira 15 minit membentangkan kertas kerja tersebut, pengarah itu mengadu tidak sihat, dan kemudiannya pengsan serta dikejarkan ke pusat perubatan itu pada pukul 3.45 petang.

"Sewaktu Yasmin pengsan, nafasnya berhenti seketika dan dia koma ketika dikejarkan di Pusat Perubatan Pakar Damansara," katanya ketika ditemui pemberita di pusat perubatan tersebut di sini.

Adik ipar Yasmin, Datuk Dr. Zakaria Zahari pada sidang akhbarnya menjelaskan, pengarah berasal dari Muar, Johor itu diserang angin ahmar, pendarahan di kepala dan koma.

Beliau meminta agar tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi tentang Yasmin yang kini dikatakan kritikal selepas menjalani pembedahan di bahagian kepala ekoran komplikasi tersebut.

"Buat masa ini, denyutan jantungnya banyak dibantu oleh ubat bagi membantu tekanan darahnya. Keadaannya agak kritikal, tetapi kami berharap tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi. Ia bagi menghormati pihak keluarganya," ujarnya.

Yasmin yang juga Pengarah Kreatif Eksekutif di agensi pengiklanan, Leo Burnett sebelum ini diberitakan sihat dan membentangkan kertas kerja projeknya bersama Ketua Pegawai Operasi Prime Works Sdn. Bhd., Farisha Pawanteh, Pengarah Kreatif Media Prima Berhad, Peter Chin, Siti Nurhaliza serta suami, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.

Petang ini, Pengarah filem Talentime itu heboh dikatakan 'meninggal dunia' dan berita itu tersebar dengan cepat kepada rakan-rakannya dan pihak media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga laman sosial di Internet, Facebook.

aku sbnrnye nk story nih.....penat aku carik kat paper online tentang yang aku baca dalam paper.....suami Yasmin Ahmad bernama Tan Yew Leong? Apkh status agama Yasmin sbnrnye?

tp knp online paper xde plk mention nama suami beliau sdgkn paper aku beli pg tadi tertera nama tu dlm kedua2 akhbar yg aku cek?

confius r....

Innalillah.......pemergian Yasmin Ahmad amat mengejutkan.......sudahla.... jangan di jaja lagi apa yang tak baik, semoga rohnya mendapat keberkatan dari yang Esa. Sedih mendengar berita ni, malam tadi aku still online melihat utusan terkini....selepas maghrib, situasi Allahyarhamah semakin merosot...sehinggalah aku masuk tidur...pagi2 bukak...dah meninggal....dah sampai masanya.

sama2lah kita mendoakan yang terbaik buat allahyarhamah...


Yasmin Ahmad…1958 – 2009

BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.

Nama : Yasmin Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK

Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER

Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Penerbit:2005 Raining Amber

ANUGERAH

* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales

PENCAPAIAN LAIN

1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75

2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur

2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9

2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis

2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)

2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)

2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)

2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo

2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands

2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta

2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57

2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57

2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN

Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT

Keluarga;Bapa – Ahmad HashimIbu – Inom Yon

Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;

2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura

2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi

2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali

2005 Sepet, Festival Filem San Francisco

2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona

2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis

2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57

2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia

2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)

2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece

2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58

BLOG RASMI YASMIN AHMAD

http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/





7 comments:

Eyna's said...

Biar betul Zulkiflee Ahmad dgn Yasmin Ahmad org yg sama... first time dgr ni???

R LEeN said...

story ni dah lama......

masa tu tengah sibuk cite sepet r....

ntahla....

tapi, tu bukan tajuk yang aku confius kan....

kakyong said...

pasal yasmin ahmad khunsa tu penah dengor..

tp tak tau pulak dia tu bersuami...
hahahaaa.. nampak sgtt kakyong ni kureng amik tau hal2 selebriti ni...

R LEeN said...

ada newspaper kosmo n utusan semalam....

tp online x ada plak mention....

beli paper baru ada.....

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Semoga Yasmin @ Zulkiflee Ahmad cepat PULIH dari KOMA... kan??

Precious said...

Hmmm ... minta dijauhkan mende2 pelik bin ajaib yg negatip drp terkena atas batang hidung kita sendiri serta kaum keluarga ... Amin!

azizwan(dot)com said...

kalau ikut family, allahyarhamah yasmin ahmad ni memang islam.. dan kat akhbar pun dah mention yg nama cina tu adalah suaminya.. maybe suaminya dah masuk islam tp masih guna nama asal. cuma pandangan aku..

apa-apa, doakanlah al-fatihah buat allahyarham..

http://www.zonartis.com/terkini-yasmin-ahmad-telah-meninggal-dunia/

Blog Widget by LinkWithin

Mungkin Mengubah Hidup Anda?

S.U.D.O.K.U GAME aku suke!

 

Blog Template by YummyLolly.com | Design Edited by MyBlogSaloon