Followers

Wednesday, September 23, 2009

Aku s0mb0Ng AtaU mErEka PulAuKan Aku?

Tajuk apa plak aku ni?

ntah ek.....

aku mula terasa.....mana kawan2 aku? aku yang jauhkan diri dari diorang atau diorng yang xnk kawan dgn aku lagi?


especially kawan2 sekolah aku la.........kat SAB....mana geng2 aku dulu?

ntah...mcm aku takde kawan.....biasalah....kawan senang mmg senang dicari......kawan waktu kite sedih? tepuk dada sendiri la......

aku bukanlah berjaya mcm diorang....mungkin sebab tu agaknya aku jauhkan diri or disisihkan....(huhuhu tetibe terasa hati la plak)

xpelah.......dunia aku sekarang dgn anak2.....itu pun kalau anak2 aku xlupakan aku......

knp aku tetibe terasa mcm ni ek? erm.......adalah sebabnye.......mungkin aku jugak penyebabnye aku tak ada kawan kot.....

apa pun.....

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.....






Monday, September 21, 2009

CLOSE CASE......setakat ni la..

Alhamdulillah.......

semua dah kembali seperti biasa.......

samada aku mampu menghadapinye dan mempercayainya 100% atau tidak......

sehari sebelum raya, aku dah pun dapat detect hakmilik no telepon 017754**** tu.....(bermakna xsampai 10 jam aku dapat maklumat)....nama penuh sharifah ....... bt Abdullah (ada hati nak nama sharifah pdahal x layak langsung) kad pengenalan 76092613**** dan beralamat di Kulai (aku dapat full address.......) xpayah la uolls tau katne aku dapat maklumat2 ni semua.......aku usaha sendiri...........yang penting bukan dari dia....

aku selidik dan aku sms budak ni....aku telepon.......aku menyamar sbg laki aku untuk bersms dengan dia.....(hp laki aku, aku pegang sehingga td) setelah semua maklumat aku dapat, baru aku jadi diri aku sebenar.........

pompuan ni kan.......dah kawin!!!! geramnye aku....dia kata, xkn aku nk kong2 laki aku dari berkawan........setakat bual2 pun xbole? aku pun jawab la......xsalah...tapi sampai dah save no sendiri kat hp laki aku dengan nama 'sayang'.....x ke sial tu nama nye.....coi! dan yang paling best....dia redeem kan point kat hp laki aku tu.........dan lagi satu........dia jadikkn no dia sbg active10 kat no laki aku!!!!! aku tau la bukan laki aku nye keje......sebab, laki aku ni xreti nk godeh2 handphone......selama ni pun aku jek yang tolong buatkan utk dia.....huh!!


isk!!!! nk cite mmg panjang...takut uolls xsanggup jek nak baca...........



Sunday, September 20, 2009

Batang Buruk Raya....

BATANG BURUK

1 paket = RM10
pembelian lebih dari 20 paket akan mendapat harga menarik
(tidak termasuk cas penghantaran)



Saturday, September 19, 2009

Wujud Orang KETIGA!!!!! perlukan Bantuan....


Salam....

hari ni hari terakhir puasa......tapi, hati aku xseperti hari2 sebelumnye......

kegembiraan yang aku impikan untuk menyambut raya dengan kehadiran Dania....menjadi muram setelah aku mendapat tau satu rahsia......

jahat sangat ke aku? kenapa sampai mcm ni? perlu ke aku membuat keputusan yang akan memisahkan kasih anak dgn ayahnya?

suami............
bukan aku nk meng'aib'kan dia.........tapi, hati aku cukup terluka kali ini......

dia menduakan aku.......................ada orang ketiga!!!

apa yang patut aku lakukan?

Ya Allah....kuatkanlah imanku.......Aku sayang anak2 ku.......Perlu ke aku mengharungi perjalanan hidup seperti 3 tahun lalu........Gantung tak bertali.....membesarkan Darwis seorang diri....

kesiannya aku lihat Darwis.......2 tahun 8 bulan dah kehilangan kasih sayang ayah....hidupnye sentiasa merindukan kehadiran ayah...tapi dihalang oleh pelbagai perasaan yang mendesak untuk membenci seseorang yang bernama ayah......setelahberumur 5 tahun.....dia dapat kembali kasih sayang itu....setelah aku membukakan hati aku untuk menerimanya kembali.....aku terlalu memikirkan hati seorang anak.............

namun aku tak menyesal kerana aku kembali aku mempunyai seorang pu3 yang mmg dinanti.....Dania Emelda.......dalam aku mengharungi 9 bulan itu......ujud juga orang ketiga.....tapi aku dapat menyelesaikan nye.....dgn janji2 manis.....aku pikir dia dah berubah.......

hari ini aku mendapat tau....tembelangnye pecah..........dia menggelupur bila aku memegang handphonenye..............rupa2nye........'Syg' di dalam hp nye telah bertukar nombor.....bukan nombor ku lagi yang disimpan dgn nama itu......tetapi nombor yang aku tidak kenali.....017-754****

Kawan2.......tolong lah aku.......apa yang perlu aku lakukan........



Sunday, September 13, 2009

Thanx Kak Y0nG!!

Kad Raya dari kak yong....

Thanx Kak Y0ng......Tapi, saya mintak maap la byk2 sebab x berkesempatan nak membalasnye......



Friday, September 11, 2009

Lambat Post? huhuhuh Giveaway ke ni namanya?

22 Julai 2009

dah lama gile cite ni....tapi aku baru nk post.....dahsyat tol la....

masa tu g KL....Cheras perdana....umah mak usu aku la....

dia masakkan special la.....huhuhuh timaseh....

banyak betul makanan....dan aku suka nk snap.....janji nk post kan pic2 ni......tapi xsempat sebab balik dari KL aku terus dapat keje.......

sorry ye Cik N0m lambat buat publisiti......hehehhe




spaghetti...nyummmy



nampak sedap tak?



ni lak......cuba teka apa ni?


sape yang dapat teka dengan betul........aku nk bagi hadiah la.......

sape nak?



Monday, September 7, 2009

Tengah layan NUR KASIH.....


Nur Kasih.....

orang lain dah lama suka drama ni....tapi aku baru la ni terhegeh2 nak tengok....

huhuh....malam ni baru episod ke 13 aku tengok.....lepas sahur pun aku hentam layan internet...subuh baru masuk tdo balik.....

iyela...aku kan keje mana tentu masa.....buruh kasar.....bukan mcm owg lain keje opis hour oi...

Sian Nur ni.....apa pun.....baguslah cite nih......Islam just ON Name......eh betul ke aku cakap ek...

ada lagi satu kata2 ...tapi aku lupa la.....

hahhahah.....aku tulis post nih sambil tengok episod 13 nih.....

kelakar n aku seron0k teng0k Adam jealous dengan NUR....yang part Dato' tu

ngurat Nur....hahahhah BESTnye...

argghhhh.....Adam Dukung NUR...jeng jeng jeng...

huhuh lambat r aku ek......korang dah syok dari dulu dah....


Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.


Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.


Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina.



Thursday, September 3, 2009

Perlu ke aku bgtau?


Happy ke aku sekarang?

Fizikalnye......apa yang korang nampak mungkin iye.....

Hakikatnye.....aku menyimpan pelbagai rahsia hidup....

Aku happy dengan kehadiran dua org cahaya mata aku....dalam kesedihan aku hari2....merekalah yang buat aku tersenyum.....walau jauh dalam hati aku bermacam2 yang aku pikirkan.....

tempat meluahkan perasaan......tak ada siapa....kawan2? aku tak ada kawan baik yang boleh mendengar dan sama2 merasai apa yang aku rasa......siblings? lagi jauh....kami x rapat utk mendalami masalah masing2....inilah kali pertama aku menulis tentang kesedihan aku......

walaupun aku tak terus terang......tapi, apa yang nak aku katakan.....aku tak menyesal mempunyai cahaya mata aku.......aku sayang mereka......dan kerana mereka juga lah...aku masih ada di sini.....

Mak dan Ayah....terima kasih atas pertolongan yang dihulurkan......walaupun mereka tak tau apa2.....tapi, pengorbanan mereka hanya aku yang tau........aku mmg tak dapat membalas budi mereka dengan wang ringgit.......tapi, aku amat menyayangi mereka......

kini......seharian aku dengan org2 yang amat aku sayang......aku lega dapat bersama mereka....hari2 kami berlima .....mak, ayah....aku, dan dua org anak aku darwis dan dania.....

aku minta maaf jika ada yang tersalah sangka dengan apa yang aku tuliskan di sini.....aku cuma nk meluahkan apa yang terbuku dihati......

salam



Blog Widget by LinkWithin

Mungkin Mengubah Hidup Anda?

S.U.D.O.K.U GAME aku suke!

 

Blog Template by YummyLolly.com | Design Edited by MyBlogSaloon