Followers

Thursday, August 26, 2010

Malaysia Negaraku beri peluang berbuka dgn hanya RM2 sahaja!!

Aku nk share satu restoran di Seksyen 7 Shah Alam yang menyediakan hidangan lengkap makan nasi, lauk dan air minuman dan kesemuanya hanya RM2. Memang murah giler dan berkualiti. Inilah contoh restoran yang perihatin kepada pelanggan. Kualiti ada, tempat bersih dan harga memang berpatutan. Datanglah sendiri dan nikmati juadah yang di sediakan. Sempena bulan Ramadhan ini anda boleh berbuka hanya dengan RM2.

Restoran RM2 Seksyen 7

"Restoran Malaysia Negaraku RM2"

Restoran Malaysia Negaraku
Jalan Plumbum AA/7, Pusat Komersial, Seksyen 7
Shah Alam, Malaysia, 40100

Syabas Restoran Malaysia Negaraku. Baca laporan seterusnya di bawah. Semoga kita semua di berkati Allah s.w.t. Bila memberi berilah yang terbaik.

Zahiruddin

p/s: Memang menarik.

restoran malaysia negaraku RM2

"Restoran Malaysia Negaraku RM2"

SHAH ALAM, 13 Ogos – Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia. Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

restoran malaysia negaraku RM2

"Restoran Malaysia Negaraku RM2"

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.

“Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalahwarganegara,” katanya.

Restoran ini menggunakan konsep layan diri.

Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2.

“Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan… ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuhpinggan selepas makan,” kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.

Syaratnya! Anda kena basuh pinggan anda sendiri.

"Restoran Malaysia Negaraku RM2"

Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.
“Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.

“Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.

“Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan,” katanya.

restoran malaysia negaraku RM2

"Restoran Malaysia Negaraku RM2"

Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.

Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.

“Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.

“Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya,” kata Azahar.

Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.

restoran malaysia negaraku RM2

"Restoran Malaysia Negaraku RM2"

“Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.

“Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme,” katanya.Azahar berkata semenjak dibuka pada hari

pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.”Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang. “Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama,” katanya.

Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.

Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.

“Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.”Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan,” Azahar lagi.

Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.

restoran malaysia negaraku RM2

"Restoran Malaysia Negaraku RM2"

Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.

“Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.
“Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti,” katanya.

Alamat:
Jalan Plumbum AA/7, Pusat Komersial, Seksyen 7
Shah Alam, Malaysia, 40100


Monday, August 23, 2010

Drama Kau Laksana Bulan dan sinopsis nye!


waaa.......

malam ni punye episod membuatkan aku rasa gile nk tunggu isnin depan!!!

tolonglah sape2 yang ada beli buku ni n dah baca.....tlg bgtau aku endingnya...

sayang nya aku kat Firas!!!

comey sungguh!!!


Sinopsis Novel Laksana Bulan

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya !

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"

Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita!




Diadptasikan daripada karya novelis terkenal tanahair, Aina Emir bertajuk Kau Laksana Bulan telah bermula pada 31 Mei ini penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) berpeluang menyaksikannya pula di layar skrin menerusi drama bersiri 13 episod yang menonjolkan perjalanan hidup seorang insan yang bergelar wanita. Pelbagai situasi pahit manis dan renyah yang terpaksa ditempuhi dan bagaimana setiap rintangan dan konflik dalam hidupnya itu diatasi oleh srikandi drama ini yang bernama Adrianna dengan penuh ketabahan.

Drama Kau Laksana Bulan

Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan, gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Malaya.


Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh. Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.


Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang mengukir nama dalam pesada dunia penulisan. Semasa memulakan program sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’.

Dalam kesibukan mencari perwatakan yang sesuai untuk manuskripnya itulah Adrianna terserempak dengan Firas Ali di dalam tren komuter Nilai-KL. Dengan tidak sengaja, Adrianna terduduk di atas riba Firas semasa cuba mendapatkan tempat di suatu pagi, semasa menaiki tren komuter itu. Mereka bertemu lagi beberapa kali selepas itu dan pertemuan itu telah mendorong Adrianna untuk melakarkan watak Firas ke dalam manuskrip novelnya.

Adrianna juga pernah suatu ketika dahulu bercinta dengan Syafik, seorang lelaki yang sebaya dengannya, sejak zaman persekolahan lagi. Malangnya, pertalian mereka terputus ketika mereka sama-sama sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. Namun Syafik telah muncul kembali dalam hidup Adrianna dengan tiba-tiba sahaja. Kemunculan Syafik itu menggembirakan Salmah, ibu Adrianna yang terlalu suka kepada Syafik dan mengharapkan sangat agar Adrianna memilih Syafik sebagai bakal suaminya sebaliknya kemunculan Syafik telah menimbulkan kekeliruan dalam hidup Adrianna.


Dalam begitu, Adrianna tetap keliru bila Firas berulang kali meminta agar pertalian mereka dirapatkan lagi bukan sekadar kawan biasa tetapi sebagai kekasih. Adrianna tidak mampu melakukannya kerana dia masih terikat dengan bayangan Razif, seorang lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya selepas Syafik.
Razif merupakan seorang lelaki yang romantis dan puitis dan Adrianna yang mengenalinya melalui Internet, telah jatuh hati dengannya. Malang buat Adrianna, pertalian percintaan mereka terputus kerana Razif telah meninggal dunia. Malang juga buat Adrianna, kerana kematian Razif telah menutup ruang-ruang di hati untuk jatuh hati dengan lelaki lain.

Keadaan ini merumitkan lagi hidup Adrianna, bila dengan tiba-tiba muncul pula Eizlan yang terlalu mengingatkan Adrianna kepada Razif. Eizlan juga merupakan seorang peminat novelnya yang suka menghantar mesej-mesej puitis dan romantis yang seringkali menggugatkan perasaan ‘wanita’ Adrianna.
Perjalanan cerita di teruskan bila pada suatu ketika nanti, Adrianna dan Firas terpaksa berpisah kerana Firas tidak mempercayai kepada kejujuran Adrianna. Bila berpisah dengan Firas, Adrianna kecewa dan berasa hampa. Tetapi keadaan terus menekannya dan kerana itu, Adrianna telah bersetuju untuk menerima Syafik sebagai bakal suaminya. Malangnya, perancangan itu tidak kesampaian dengan perbuatan Syafik yang dianggapkan sebagai tidak serius.


Ketika itulah, Adrianna mula memberi perhatian kepada Eizlan. Kerana layanan Adrianna, Eizlan mula menaruh harapan untuk berkasih dengan Adrianna. Tiba-tiba, Adrianna sekali lagi terserempak dengan Firas yang sudah lama hilang dalam hidupnya. Kemunculan Firas kali ini telah mewujudkan perasaan cintanya yang sudah tidak berbelah-bahagi lagi. Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.

Walaupun itu merupakan perancangan Adrianna, hidupnya menjadi kucar-kacir bila Razif (yang pernah dikatakan meninggal dunia) muncul semula. Dalam begitu, Eizlan terus mengganggu hidupnya. Ke mana sahaja Adrianna pergi, Eizlan menunggunya. Perbuatan Eizlan membuatkan Adrianna menjadi tidak tentu arah.
Pelbagai kejadian kini berlaku membuatkan hidupnya tercabar, penuh suspens dan sentiasa cemas. Begitu juga dengan kehadiran Razif yang telah memporak-purandakan rumah tangga Adrianna bersama Firas. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah cinta sejati untuk Adrianna muncul? Saksikan Kau Laksana Bulan di TV2.

Pelakon Kau Laksana Bulan

Ayu Raudhah, Zulhuzaimy, Fizow Omar, Ashraff Muslim, Bienda, Dian P. Ramlee dan Fathil Dani





Monday, August 9, 2010

AFGAN - MP3 DOWNLOAD PADAMU KUBERSUJUD




Lirik lagu Afgan – Padamu Kubersujud


DOWNLOAD AFGAN - PADAMU KUBERSUJUD

Lirik lagu Afgan – Padamu Kubersujud

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

~{}~

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu

ooOOOoo




Sunday, August 8, 2010

August adalah Bulan Bertuah aku.....



guys......

aku nk umumkan yang aku telah memenangi GA yang dah aku sertai.....

thanx thanx thanx

actually i'm very2 happy......

and xtau nk share dgn siapa.......

xsangka la plak aku bertuah kali ni......


apa pun...thanx kepada pihak penganjur.......






Seharian .... bersama Darwisy




salam....

hari ni aktiviti aku penuh........

pagi2 dah follow mak ayah g parit sulong.......walaupun aku xde apa nk beli....tapi aku saja nak sibukkan diri.....

12.30 tgh hari dah hantar darwisy ke SAB 2....ada test tae kwan do.....



bersenam2 dahulu.....

rugi tol x amek gbr adik yang handle senaman ni.....

very2 cute....

kelekaan darwisy, aku telah mengambil gbr nye

hehehhe



dan selepas itu.........aku ke PC fair......................

membeli sedikit perkakasan dapur.....huhuhuh



dalam kesesakan jam.......sempat lagi berposing.....

aku pergi bersama perempuan2 ini......
~aishah dan ezza~

korang mmg besh....













Monday, August 2, 2010

Sunday, August 1, 2010

6IXTH SENSE YANG SEMPURNAKANKU (HQ).mp4



Sukanye dgr lagu nih....jom layan!!!!


Lirik Yang Sempurnakan Ku – Sixth Sense

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harumi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Chorus
Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga




Blog Widget by LinkWithin

Mungkin Mengubah Hidup Anda?

S.U.D.O.K.U GAME aku suke!

 

Blog Template by YummyLolly.com | Design Edited by MyBlogSaloon