Followers

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya sayang......

Selamat Hari Raya Aidilfitri....
Kepada semua bloggers & pengunjung setia blog ku ini....




Foto Raya Kenangan 2010'

Speechless!!!

Sepatutnya kemeriahan tahun lepas disambung hingga tahun ni...dgn hadirnya dua org baru dlm keluarga kami, iaitu Nur Safiyya Humaira dan Hasif Qusyairi...iaitu ank saudaraku.....yang menggenapkan cucu mak dah 4 orang....iaitu 2 pasang...

Tapi kite mmg xboleh nk melawan takdir kan? bila Dia nk ambik....sekelip mata Dia akan ambik.....dan akhirnya, aku telah kehilangan anak yang paling aku sayang iaitu Dania Emelda Aqasha.....

Tahun ni,kami sambut ala kadar....xsemeriah dulu..dan xtau lah tahun2 akan datang mcm mana....

6.30pg,
aku dah bangun dan bersiap2....siapkan dapur. mak dah masak awal pagi tadi....aku pun xsedar mak bangun pukul berapa utk menyiapkan lodeh...sbb yg lain semua dah siap mlm tadi...

aku buat keputusan memakai baju blouse, jeans dan tudung hitam pagi itu....

7.00pg,
aku dan ummi bertolak ke kubur, utk ziarah ank ibu yang comel tu...Nia.
kami naik motor je, sbb mesti ramai org pg ni...walaupun ziarah Nia dah menjadi rutin harian aku....tapi, pg ni tetap aku rasa lain bila sampai ke perkarangan kubur...

ya Allah, sungguh berat dugaan Mu ini ya Allah...sesungguhnya aku amat2 merindui pu3 ku ini....aku ingin sgt memeluknya, menyiumnya setiap pagi seperti biasa aku lakukan setiap hari.....dan ingin menyanyikan lagu selamat pagi....Nia, ibu syg adik...

7.30pg,
dr kubur, aku terus ziarah nenek...mintak ampun dan maaf. xperlu lg tunggu sape2..aku xnk jumpa ramai org pg ni....sbb, mereka sambut raya dgn kemeriahan dn kegembiraan, tapi aku? Allahuakbar

11.00pg,
kami berkumpul di depan.....aku salam ayah, salam emak.......berjurai lagi airmata. sesungguhnya, kami amat merindui Nia....merindui keletahnya...
aku, emak n Ummi menangis xtahan pagi ni.....terlalu rindu padanya...

gelang tangan yg ibu beli, xsempat adik pakai....xpelah nak, ibu bg Ayya pakai ye sayang...

nia banyak tinggalkan kenangan untuk ibu, sampaikan ibu xtertanggung rindu kat Nia. Jenguklah ibu sayang......ibu rindu.


video

video

Sunday, August 28, 2011

Betul ke adik tunggu ibu???












Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

**dengan syarat....iaitu ibu bapa menerima pemergian dgn hati yg rela...dgn hati yg ikhlas...dengan ketaqwaan kpd ALLAH ..yakni anak yg dikandung dan dilahirkan milik ALLAH jua....tidak boleh merungut...contoh " kenapa Tuhan amik anak aku, kenapa tak amik anak org lain"...atau meronta-ronta seperti hilang arah....maka berhati-hati lah dengan rintihan yg menyesatkan ini kerana ia kerja Syaitan ..jika ingin mendambakan syurga seperti di atas maka sentiasalah redha...boleh menangis kerana Nabi juga menangis tetapi jgnlah merintih atau menyebut perkara yang bukan bukan...







Friday, August 26, 2011

Jumaat kembali lagi.....


stokin ni, last nia pakai masa xsedar ari tu...
hanya ni yg tinggal utk ibu cium bau nia....

16/8/2009 masa ni dlm ward nia pki bj baru..

Masa nk discharge dr HSI 12/8/2011

29 Julai 2011 sebulan sebelum Nia pergi.....
Allahuakbar......

Jumaat kembali lagi......

Minggu lepas, jumaat jugak...pada jam 6.45 pg,
saat ni lah Nia kene sawan n kejang......Allahuakbar!!
saat ibu mengejutkan Nia utk makan ubat,.....Nia kejang....tangan terdepang keras..mata adik dgn melihat ibu, seperti adik nk sampaikan sesuatu....aduh, luluh nya hati aku setiapkali bayangan tu menjelma...

masalahnya bukan aku yang mengingat situasi tu...tapi ia dtg sendiri...mmg aku xboleh lupa saat Nia sawan n melihat aku tak berkelip2......ya Allah, apalah agaknya perasaan Nia pd ketika itu.....

pd masa tu, aku sorang2 jek.....telepon mak, x angkat..., telepon lagi, x angkat... Ya Allah....mana mak ni???? Nia sawan ni...akhirnya aku telepon umah n hanif yg angkat. "Mana mak ni??? Nia kene sawan ni, cpt la dtg!!!" dlm keadaan kalut, perasaan marah tu tibe2 je dtg...

Jumaat tu, dr pg aku dlm keadaan nangis dan tak senang dudk memikirkan Nia...
dalam hati,adakah masa yg aku takut2 kan tu telah tibe? xnk3!!! seboleh2 nya aku xnk akui yang Nia akan pergi....tapi, aku akui yang aku mmg ada terdetik..tapi aku xnk layan perasaan tu walau pakar berkali2 cakap yg Nia tenat Nia kritikal...aku tetap jawab "Dokter tolonglah selamatkan ank saya walau dlm apa keadaan sekalipun"

Allahuakbar!

Nia Nia.......akhirnya Nia pergi jugak tinggalkan ibu.....

DANIA EMELDA AQASHA..... 20 Januari 2009

Ibu tunggu Nia dr 8 tahun yang lepas nak.....

Masa aku mengandung yang pertama (darwisy), dokter bgtau yg anak dlm kandungan aku adlh ank pompuan...excited nya aku....nama pun aku dah sediakan, DANIA ELEYNA...
masa tahun 2003, nama Dania xde orang pakai lagi.....cerita AWAN DANIA pun xde lagi masa tuh...tapi ibu dah sediakan nama tu khas utk anak ibu....

27 Januari 2003, Darwisy lahir....Lelaki??? alamak, mcm mana ni....bukan pompuan ea? xdptlah aku guna nama Dania tuh....

20 Januari 2009, anak pompuan ibu lahir....ibu x g scan pun sepanjang ibu mengandung kali ni...sbb ibu nk surprise...dan akhirnya puteri yang ibu tunggu2 hadir jugak..

sejak dari dania lahir, setiap kali ibu g shopping complex....tempat baju budak pompuan la yang ibu tuju....ibu akan khayal pilih baju utk Nia....even xde duit pun, ibu nak jugak beli baju utk nia..comelnya baju2 budak pompuan ni....8 tahun ibu tunggu saat2 ni....
tapi sekarang?? ibu nk beli utk sape? boleh ke ibu tahan dr pergi ke tempat pakaian budak pompuan? Allahuakbar...

2009,
ramai kenalan..saudara mara aku yang ada anak sebaya dgn nia...
kawan office aku jek ada 3-4 org yg sebaya Nia, sepupu2 aku plak...3-4 org jugak...tahun lepas bila raya...mereka berkawan, bermain bersama...boleh ke aku tahan bila nampak ank2 diorang?? ya Allah...besar sungguh dugaan Mu ini ya Allah...

sebab tu aku buat keputusan tahun ni aku xnk raya.....tahun2 akn dtg pun, xtentu lagi aku boleh beraya...cuba korang letak diri korang kat tempat aku......Allahuakbar,

Sesungguhnya aku amat2 rindukan Nia......














Thursday, August 25, 2011

knpla ada manusia yg mcm ni ek???

mlm tadi ada email yg xdiundang masuk ke email aku......
aku bukannya nk bukak pekung diri aku...tapi aku rasa aku geram!!!!
tapi aku xboleh nk buat apa dgn lelaki ni.....
ikutkan hati aku mmg aku bunuh je......


LELAKI TU BG SY EMAIL MLM TD,(stlh sy forward gbr2 nia sakit)

Hey Sial,hidup lagi Engkau….!!!!!.
Baru sekarang engkau nk menyalak mcm “Anjing”…!!!!1.
Dr arwah masuk hospital ismail….hospital muar & mnggal,baru kau nk menyalak.
Selama ni,arwah masuk hospital ismail,hospital muar(nazak) & spai mnggal….semuanya aku dngar dr
Mulut org lain.baru skg kau menyalak mcm “Anjing”.

Kau memang Sial…!!!.

AKU REPLY :

Alah ngaku j r mus, ko tu mmg suka nia xde....
Ko xpyh canang 1 kilang la ank ko meninggal....
Xpyh nk raih simpati la ank ko meninggal....
Sbb ko xlayak pun utk nia panggil ayah!!
Kalau ko betul la ayah, ko akn dtg...ko akn tanya bile nk kbumi smua....skrg ni, ko suka la kan....
Hey mustaffa!! Ko ni....mmg bangsat tau x!
Dah la xhirau ank...tapi nak menyalak mcm anjing!
Sblum ko kata aku ni anjing.....ko cermin dulu diri ko

DY REPLY BALIK :

Hey anak gampang.
Lau lu btul2 kluar dr puki mak kau....
Jpa gua kt gelang patah.
Lau kau dayus...engkau & adik beradik kau memang anak gampang..!!!!!!
Aku tggu kau sbg leleki.
Sorang dgn serong....

BILA PANAS DGN PANAS MCM NI LAH.....AKU REPLY LG :

Eh eh...bodoh syial ko ni.....yg lelaki tu, ko!
Bkn aku bodoh.....yg dayus tu pun ko.....
aku puas hati jaga nia dr lahir smpi dy hembuskan nafas yg terakhir.....aku amat puas hati....
InsyaAllah, nia akan tunggu aku di pintu syurga....
Ko tanya ustad plak, klu ank yg xpnh jmpa ayah......dy nk x tgu kat pintu syurga?????tmbh lg, ayhnye tu bg nafkah pun nth pe2

BALASAN :

Kesiannya engkau.
Aku x nk ckp byk....
Aku tggu kau hari sabtu ni.
Lau kau betul2 ada bapak,bkn anak haram & btul2 kluar dr puki mak kau...
Aku nk kau & aku jpa sorg dgn sorg.
Alang2 Nia dh x ada,biar aku skali x ada.
Dgn nama Allah swt,aku cabar kau Sial.
Jk kau x dtg....kau btul2 "A.N.A.K H.A.R.A.M..!!!!!!.

AKU REPLY :

Aku x ada sebab nk jumpa ko!
Dn ko x penting utk aku!
Sorry, yg anak haram tu, ko!
Dahla mustaffa.....aku mmg xperlukan ko...
nia tu, mmg seorang anak yg cerdik.....
Dy tinggalkan aku, sbb xnk aku n keluarga ssh hati bila nk cr kan wali bila dy nk nikah nnti....sbb dy tau, wali dy tu mmg x berkelayakan....
Arrrgggghhhh ngantuk!
Slmt mlm la mustaffa....aku nk jumpa ank kesayangan aku mlm ni...


DY REPLY :

Ala....mengakulh kau ni anak haram...!!!!.
Aku x harapkn spati dr org mcm kau.
Dhlh....kau mintalh spati dgn kwn-kwn kau.
Aku bkn ckp sombonglh....lau kau ni dibagi "free"skalipun..
Aku x hinginlh...
Muka mcm kau ni,bayang2 kau pun aku x bleh tnguk.
Lau aku thu mak bapak kau jpa dgn mak aku utk cptkn pnkahan,
Dh lama aku batalkn.
Btullh kata adik aku & sdara mara aku....
Aku ni mkn "kelapa yg dh dtebuk tupai".
Sblm nk kata aku,kau cermin diri kau tu...


AKU REPLY :

Subhanallah.....










Tuesday, August 23, 2011

Akhirnya adik pergi juga tinggalkan ibu......

Subhanallah.........

terngiang2 kat telinga bila aku kat dapur..."iiibuuuuuuuu"

berkali2 tersasul memanggil ank sedara pompuan ku dgn nama Dania.......

23hb ogos 2011,

dr malam ibu n nurse rasa xsenang duduk dgn keadaan drh nia yg kejap naik n turun. nurse pun x ke mana2...hanya memantau darah nia sepanjang shift malam....
4 pagi, ibu kejut ummi, ibu nk tdo kejap.....

7pg,
nia masih tdo tp dy kerap batuk....atau dy cuba nk keluarkan tube bantuan pernafasan tu. sedihnya ibu tengok nia......ibu dtg kat sisi nia, "syg, jgn la batuk2 kan, nnti syg rasa sakit....ibu ada kat sblh nia ni...nia jgn la takut ea nak...(sambil memegang tgn nia)" tgn nia ada respon, dy mcm nk genggam tangan aku balik.....

sepanjang pagi, pakar tak ke mana2. dy monitor BP nia. kdg2 cemas....kdg2 ok...

1tgh hari,
pakar dtg jumpa ibu, dy menerangkan kondisi adik......bahawa adik nye keadaan mmg sgt2 tenat.

2ptg,
sbnrnye, ibu mmg dah rasa ttg semua ni........tapi ibu buang jauh2. ibu xnk pikiran ibu fikirkan hal yg tdak2......ibu xnk terima hint2 tu.....
sbnr nya ibu dtg bulan sejak khamis lalu...tphari ni, ibu nk jugak g toilet..ibu tengok bersih je, lantas ibu mandi wajib......ibu solat zuhur n baca yassin. xlupa ibu doakan kesejahteraan adik....."ibu redha, kalau kebaikan tu dgn cara adik pergi tinggalkan ibu, adik pergilah. dn kalau kebaikannya adik dgn ibu..adik bertahan lah"
selesai je baca yassin, aku keluar dr bilik rehat.
aku terus nampak pakar sdg buat CPR (betul ke) kat adik....ya Allah!!!!!

dkat situ jugak ibu menangis n meraung...ibu terduduk kat situ.

3ptg,
dokter panggil ibu n keluarga yg lain masuk. lemahnya ibu tengok adik...
"dokter,saya nk pangku ank saya.."
dokter terus siapkan tpt utk ibu naik atas katil. dokter suruh ibu baring sebelah adik....masa tu lah ibu peluk adik, ibu cium sepuas2 nye...ibu ciumsemua yg ada pada adik...ibu berbisik kat adik,

"Nia syg, ibu halalkan mkn dan minum Nia, ibu halalkan susu ibu kt nia...maafkan kesalahan ibu pd adik ye syg....1 je yg ibu nk nia tau, iaitu...ibu sgt2 kasih dan sayangkan nia.....ibu redha nak, perhilah"

3.19 ptg,
Nia meninggalkan kami semua.....sementara menunggu dokumen siap, ibu nk baca yassin lagi utk adik, tapi.......ternyata...ibu masih belum bersih lagi. maafkan ibu syg.....

4.55 ptg,
Jenazah sampai di rumah mayat, n ibu tunggu Nia. kami bawa nia dgn kereta sendiri. ibu duduk belakang dgn mak, ibu pangku nia sorang2......nnti, ibu dah xdpt pangku nia lagi.....

5.15 ptg,
sampai rumah kite. semua tolong bukakkan pintu kereta n nak sambut jenazah adik drpd ibu...ibu xnk!! ibu nk angkat sendiri....ibu angkat adik n letakkan di tilam.

mak n umi pangku adik untuk dimandikan...ibu tengok nenek tu kafan kan adik....
alhamdulillah ibu tak nangis masa tu, ibu pakaikan celak kat mata n kening adik....
comelnya adik.....sgt2 comel....bangganya ibu dpt ank secomel adik...

6.20 ptg,
ibu n mak pangku adik ke kubur......hujan lebat setelah jenazah dibwa keluar dr rumah...seakan2 mereka semua pun menangisi pemergian adik....dan Tuhan tu maha Kuasa, selebat2 hujan tadi.....bila sampai di perkarangan kubur, setitik ujan pun dah xde.....

bersemadilah adik disitu.........

nanti ibu dtg lagi ye sayang.....

23hb ogos 2011
ibu dah janji kan yg ibu nk dtg jenguk adik??? ibu dtg ni syg dgn abang n aunty leah...ibu bersihkan kubur adik sementara aunty leah baca yassin utk adik....
nnti, esok ibu dtg lagi ye...






Monday, August 22, 2011

puteriku dah kembali kepadaNya....

puteri ku dah kembali kepadaNya pd pukul 3.19 ptg td.......




doakan pu3 ku......

sian kan lah dia..........doa kan utk dy wahai sahabat2 ku......

dia sdg bertarung nyawa sekarang ni..........





Sunday, August 21, 2011

She's critical.......

salam wahai rakan2 alammaya ku......
ingat x lagi dgn puteriku, Dania Emelda Aqasha?? dy dalam keadaan tak stabil skrg...saya sempat meluangkan masa seketika ini, untuk menulis hanya untuk meminta jasabaik rakan dan taulan, samaada kenal saya atau pun hanya kenal di alam siber ini.....utk sama2 mendoakan kesejahteraan puteriku ini......

she's diagnose leukimia pd 12 feb 2011, dan skrg dah cycle yang ke 3...sepatut nye hanya mengambil masa lagi 3 minggu shj untuk menghabiskan cycle ini....dan selepas itu..masuklah maintanance di mana pu3 ku ini hanya sebulan sekali shj mendapatkan rawatan....

tapi, sesungguhnya Tuhan itu maha Penyayang....Dia menduga kami sekeluarga dgn ujian yang amat berat utk kami tempuhi......

9hb Ogos, last ASPA (injection Kimo)...dy mendapat diarrhoea..dan dia amat2 kuat untuk tempuhi semua itu....

11hb Ogos dia dimasukkan ke HSI selepas menjalani kemo....utk menjalani rawatan diarrhoea..

12hb Ogos alhamdulillah dibenarkan balik kerana dah xde buang2 air lagi.....

14hb Ogos selepas pulang ke muar pd jumaat tu, dy buang2 air kembali....dan minta dimasukkan ke hospital kerana xtahan dgn sakit perut. kami bawa dia ke HPSF Muar, sbab pd kami diarrhoea mungkin boleh ok setelah 2-3 hari dpt rawatan....

18hb Ogos, kami rasa, kami perlu bawa dy ke HSI..perlu!!! dan tetibe tekanan darahnya merundum jatuh...yang menyebabkan pihak HPSF tidak membenarkan kami mmbawanya ke hsi selagi darahnya xstabil...


18hb Ogos, dy dimasukkan sehingga 3 jenis ubat utk menstabilkan tekanan darahnya...

aku xtdo semalaman walaupun seharian aku sakit gastrik....sehingga dirawat di Kecemasan hpsf.
semalaman aku menjaga nya....ajak dy tengok upin...supaya dia dpt hilangkan rasa sakit perutnya tu.....

5.30pagi, akhirnya aku tertewas dgn mataku.......aku terlelap......dia pun dah tdo masa tu

6.30 pg, aku terjaga......

nurse " akak, sy dah bg ubat demamkul 6 tadi....adakat meja. nk kejutkan akak xsampai hati sbb akak br tdo..."

aku" ha yelah," lantas bangun dan menyediakan ubat2 yang nk disuap kpd dia....

aku "Nia....bangun sayang..mkn ubat nak," sambil mengangkat nya utk didudukkan......

nauzubillah.......dy kejang!!! aku lantas memanggil dokter..........emergency!!!!!!!

lebih 30minit dy dipulihkan.....olehkerana sawannya lama, maka dokter terpaksa pasang tube utk membantu pernafasan dia.....dan dia,terpaksa ditido kan....


bengkak dah muka nya........sampai hari ni, darahnya naik dan turun....
sel darah putih nya jatuh, dn itu yg menyebabkan dy lambat nk melawan penyakitnya....



kawan2.......
aku x akan minta duit......
tapi, hanya 1 minit selepas solat anda.....tolonglah doakan anak ku ini, Dania Emelda Aqasha dupaya dia dapat melawan penyakitnnya, supata dia kuat semangat......dan kuatkan semangat ku juga utk menempuh segala cabaran ini........1minit je!!!




Thursday, August 4, 2011

Nia mmg ank ibu yg kuat semangat!!!

masa awal2 nia kene detect Leukimia.....
dy seorang yang periang sangat sebenarnya....

walaupun cucuk sana sini....dy tetap happy....

ni gbr tadi......selepas kene ASPA

makan pil Dexa menyebabkan selera makan Nia bertambah2

masa ni dy sangat2 lemah.....xnk minum n makan


ubat2 yg dy kene telan tiap hari sekarang....
12 biji dexa....sehari

4 August 2011,

Nia dah masuk protokol 2, setelah jalani protokol 1 dan protokol M.....

Protokol 2 lebih kurang dgn protokol 1, tapi dosage kemo nye lebih tinggi sedikit dr protokol 1...disebabkan itu, rambut nia kali ini akan gugur lebih teruk lepas ni.....:(

dan protokol 2 ni, nia kene menghadap kemo ASPA (injection kat bontot-injection ni sakit sgt dan ia menjadi fobia bg diorang yang kene leukimia ni).....

and tadi pagi, aspa yang ke-3, ibu dapat teman nia........sian nye nia...nia dah tau bile nk kene...belum apa2 dy dah sedih dulu...aduhai...hati ibu, rasa nk tukar je tempat dgn nia masa tu...."sakit bu...sakit bu...nia xnk bu...."

ibu nk tolong mcm mana syg.....menjerit2 minta tolong....siannya nia....ntah apa yang dy rasa ye?

seharian di hsi hari ni teman nia....nia sedang nyenyak tdo tu.....biarlah dy...

raya tahun ni, adalah raya kali kedua kite beraya tanpa 'dia' kan? bukan teringat....tapi cuma tersedar....kejap je masa berlalu.....dan nia masih xkenal 'dia'..bukan niat aku nk sorokkan siapa 'dia'..tapi biarlah...nnti satu hari nia akan kenal jugak.....

'dia' pun xpernah telefon, atau hantar email mahupun sms utk bertanyakan kesihatan nia...walhal dy tau nia sakit...hati apakah 'dia' itu??? knp mcm tu ye? xteringatkah 'dia' pada anak perempuan 'dia' yang sakit ni? bagaimana 'dia' boleh teruskan kehidupan 'dia' dgn penuh pura2 di sana?

dah nak pukul 5, kemo nia dah nak abis ni.......kami akan terus balik ke muar.....sian abang darwisy.....

nia......nia kene tabah dan kuat!! ibu tau nia kuat semangat!! sikit je lagi sayang perjuangan kite....ibu janji, ibu akan teman nia....kite sama2 hanrungi ye syg.....



Blog Widget by LinkWithin

Mungkin Mengubah Hidup Anda?

S.U.D.O.K.U GAME aku suke!

 

Blog Template by YummyLolly.com | Design Edited by MyBlogSaloon