Followers

Friday, August 22, 2014

3 tahun sudah dia pergi....



Hanya luahan hati, mengingati detik2 yg berlaku 3 tahun yg lepas pd tarikh ini. 
Terpulanglah siapa yg membacanya nk menilai aku. Aku redha. tapi aku terlalu rindu dia. korang xkn rasa ape yg aku rasa. 
terpulang aku juga nak luah di FB atau BLOG, siapa yg nk baca...bacalah. xnk baca, scroll laju2 k!! tiada paksaan pun... 

22/08/2014 
Hari Berkabung utk Malaysia, dan banyak isu yg dibangkitkan dgn hari ni. dan kebanyakannya tidak bersetuju dgn hari berkabung ini... 
Pada aku 22 Ogos hari ini, mahu pun akan2 dtg.....memang akn menjadi ari yg suram utk aku.... 

12 tgh hari 22 Ogos 2011, semua adik beradik aku dah dipanggil.... keadaan Dania mmg dah sgt2 menurun. (baru nak memulakan coretan, 
tapi airmata dah berjurai2)...sedari pagi, Angah x henti2 bacakan Yassin, walaupun Angah tgh keje kat JB...Nia, 
ibu yg kat hospital hanya boleh termenung, nak peluk Nia....nak melafazkan yg ibu redha tu...ya Allah payahnya.... 
nak masuk Zohor, ibu mandi wajib dgn niat utk membersihkan diri "Ya Allah, berilah aku peluang ya Allah utk menyembahMu, berilah aku peluang utk aku tenangkan dan berilah aku petunjuk ya Allah" 
aku solat Zuhur, dan baca Yasin.... siap je baca Yassin, aku berdoa "Terima kasih ya Allah krn beri aku peluang ini, ya Allah jika inilah jalannya....ini lah cara nya, aku redha anakku Dania Kau ambil ya Allah, dan Kau kuatkanlah semangatku utk menerima ujian Mu ini" 
Dan, Dia mendengar aku.... xlama slepas itu, aku diberi peluang utk baring di sebelah Nia, aku peluk dia dan berbisik padanya "Ibu redha adik pergi. ibu halalkan susu ibu yg adik minum" dan menciumnya sepenuh hati. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin

Mungkin Mengubah Hidup Anda?

S.U.D.O.K.U GAME aku suke!

 

Blog Template by YummyLolly.com | Design Edited by MyBlogSaloon