Followers

Wednesday, January 21, 2015

RH Ramli Burger berniaga utk suka2....

Setelah lama tidak berblogging, rasa rindu nk muncul kembali…. Tapi atas keterbasan kerja yang sangat bz, serta sibuk mencari peluang untuk menambah pendapatan.

Setahu aku, kerja apa je yg boleh menambah kewangan … aku akan usahakan dan aku akan cuba.

Setelah Dania meninggalkan aku, setiap petang lepas kerja aku akan usahakan diri aku utk menjengah pusaranya. Tidak pernah sehari pun aku ketinggalan utk menjengahnya…..sehinggalah 27 Disember 2011 selepas balik kerja, aku terlibat dengan satu kemalangan jalanraya. Pada msa tu, aku menunggang motor Elite125 dan berlanggar dengan sebuah kereta perdana yang baru keluar dari Bengkel kereta di Bakri Batu 2, Muar. Dan akhirnya ptg itu, aku tak dapat menjenguk Dania kerana aku dimasukkan wad. Akibat dari kemalangan itu, aku dapat MC selama sebulan..sebab tulang aku retak di bahagian depan bawah kelengkang.

Lupakan kisah tu, sebab aku pun dah baik sekarang…..
Lepas naik kerja, aku tiba2 dapat idea pulak utk berniaga. Niaga apa? Bukak kedai burger!! Dan itulah terhasilnya RH Ramli Burger. Aku cari stall, aku pusing satu Muar utk mencuba semua burger-burger yang ada. Alhamdulillah Berjaya!!

Dengan pertolongan seorang rakan, kami berniaga dan bertahan selama setahun lebih. Satu daripada sebab kenapa aku nak berniaga burger adalah…..aku dapat menghabiskan masa aku tanpa bermenung. Kurang termenung meratapi nasib. Kurang termenung menangis sendiri. Alhamdulillah pelanggan-pelanggan aku semuanya suka Burger aku, dan di RH Ramli juga ada Delivery dan juga Drive Thru. Hehe kononnya la…. Maksud Drive Thru aku adalah, pelanggan boleh order dulu dan dtg tinggal ambik sahaja…. Hehe, semua marketing plan aku buat dan aku yang jaga. Kenapa aku tutup Burger??? Sebab aku penat dah…..susah nak cari pembantu. Semua pelanggan-pelanggan tetap aku merungut sebab tak dapat cari burger yang sama mcm burger RH lagi di Muar….





No comments:

Blog Widget by LinkWithin

Mungkin Mengubah Hidup Anda?

S.U.D.O.K.U GAME aku suke!

 

Blog Template by YummyLolly.com | Design Edited by MyBlogSaloon