Followers

Saturday, March 18, 2017

Zatika Izwani Puade sentiasa dalam ingatan


Bismillahirrahmanirrohim, 


Coretan saya kali ini, adalah sangat istimewa ditujukan utk rakan istimewa dlm hidup saya, iaitu Zatika Izwani binti Puade. Sukarnya utk menulis khas utk seseorang, lagi2 bile dah lama sy meninggalkan dunia blog ni. tetapi sy gagahkan jua. ada sesiapa yg mengenali insan istimewa ini? Mustahil jika xmengenalinya, kerana dy adalah seorang Fighter, Fighter yg sangat positive!!! 





Jika ingin mengenali lebih lanjut, dan ingin mengetahui apakah keistimewaan wanita ini, boleh lah search FB dy, search Zatika Izwani Puade, 


 

Saya mengenalinya semenjak tahun 1992 lagi, iaitu pada masa itu, kami sama2 dalam kelas RK (Rancangan Khas) di SM(P)SAB, Muar. Sehinggalah di Tingkatan 5 pada tahun 1996. Saya ni xdelah istimewa pada dy pada waktu sekolah dulu, apa org kata, saya ni bukan BFF dy la masa tu, tapi kami rakan sekelas kan, apa pun gelak tawa, gurauannya sentiasa memecah suasana kelas. Dy seorang yg aktif, xsombong, xlokek ilmu, dan sentiasa sudi membantu org lain. Gelak tawanya, sampai kini masih terngiang2 dalam lubuk fikiran saya.

Habis SPM, kami mmbawa diri masing2 dan semuanya terputus hubungan, sehinggalah pada tahun 2011, apabila anak saya disahkan menghidap Kanser Darah atau lebih dikenali dengan Leukimia. Zack selalu bertanya khabar, bertanya kesihatan anak saya. walaupun dy tak pernah menjenguk kami, cukuplah sekadar menunjukkan yg dy prihatin pada kami dan dy juga memberi kata semangat pada saya. dan kata2 itulah yang menguatkan saya menjaga Nia pd ketika itu. 

2013, 

Zack pm saya, dan mengkhabarkan berita yang dy disahkan menghidap Breast Cancer, Tapi dy cool, masih boleh travel ke sana sini. dan masih ingat lagi, sebelum dy nak operation pd bulan Aug 2013, dy boleh mintak Dokter benarkan dy untuk travel ke Kunming China dulu. Aduhai Zack Zack..... tapi saya memang suke lihat gbr2 dy dan family, sejak dari dulu lagi.  happy Family!!


Walaupun saya nampak jarang menghubungi Zack, tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan dy. saya tau ape yang dy lalui bukan mudah sebab saya dah hadapi semuanya di depan mata, tapi saya tau dy kuat. saya tau dy kuat. ya allah, kenapalah saya xboleh nampak tanda2 yg dy nak pergi...... 


Dy dah bagi saya tanda 8/3/2017 ari tu, tapi knapa saya x ambil berat bnde ni???? 







Sehinggalah tibe2 aku nampak sendiri status yg ditulis oleh adik Zack di Fb Zack sendiri, menyatakan yg Zack dah xde. tapi saya xpercaya, saya tetap xpercaya saya pm Zack, saya tanye dy, (bodohnya saya bertanya pada org yg dah xde) "Zack!! kau bergurau kan??? kau bergurau kan Zack??" tiada respond. menggigil ni mencari kesahihannya berita tadi. saya search semua fb adik beradik Zack dan juga suami Zack. pm juga, tiada jawapan. (bodoh lg sekali, sah2 la ahli kluarga smua bz). Cari lagi dan cari status terbaru, nampak status mereka......saya terpaku. terdiam. terus ke depan, maklumkan pada ahli keluarga saya yg lain. ahli keluarga saya kenal Zack, sebab saya selalu bercerita yg Zack seorang Cancer Fighter yg sangat positive. dan mereka semua suka membaca status2 terkini Zack. 
(dan utk info semua juga, sejak ada ahli keluarga kami diserang cancer, kami menjadi sgt2 prihatin pada mereka, iaitu pd cancer survivor yg lain) 





Berfikir, berfikir......mcm mana nk tau zack disemadikan di mana, buat keje bodoh lagi saya, pm zack bertanya "zack dikebumikan di mana?", tiada respond. pm pula suami Zack, juga tiada respond. pada masa ni, nk kol no hp zack pun saya dah x ingat. sampailah kak Aida tanya kesahihan ttg zack, dan kami menangis sama2 sambil bermessage. Saya mencari lagi info, dan berjumpa kak Zatika Izani, beranikan diri bertanya, 




Hati memang nak pergi malam ni jugak!! xkiralah. dah deal dgn kak Aida, tibe2 teringat Nieza, ajak Nieza sama. walaupun dy baru sampai dr airport malam tu. Jam 12 malam kami sampai perkarangan umah ibu Zack, tapi sunyi. rupanya jenazah dah kat dalam Surau. Kami baca yasin bersama mereka, dan habis je bacaan yasin, pakcik tu cakap, Imam akn dtg jam 1pg nnti utk mengimamkan solat jenazah, van jenazah akan sampai jam 1.30 pg dan akan dikebumikan malam ni jgk. Semua tergamam, semua xpuas hati. sebab suami dan anak pun xsampai lagi. Mungkin atas dasar kemanusiaan, mereka tunggu juga suami n anak sampai, baru lah solat jenazah dimulakan 





selesai solat, kami suruh Yomi cium mama, Yomi jawab "xsampai hati la nk tengok mama" tapi dy pergi jugak. dy xnangis pon. kuatnya Yomi sama dgn kau Zack!! 
saya ni seorang yg penakut sbenarnya utk tengok org yg dah meninggal, tapi demi Zack, saya gagahkan juga. saya xnk menyesal di kemudian hari.
wajah kau, wajah seorang yg redha.....allahuakbar, masih terbayang lagi muka Zack, muka ni lah yang saya tengok malam tu, sayu, redha, dan tenang je.....


 

semenjak dy pergi, setiap hari saya pergi wall Fb  Zack, seperti kebiasaannya.....rindu, saya selak dan selak semua pic2 dy, video2 dy.... ya allah xtertahan dah rindu saya pd dy........ 





"Zack, semadilah kau dengan aman kat sana, in syaa allah, nanti kalau aku melawat Nia, 
aku akan dtg melawat ko sama ye. aku dah kehilangan seorang kawan yang telus yang mengambil berat ttg aku. aku rindu ko. "

Alfatihah,
Alyn Ramli
1.55 am
18/03/2017



No comments:

Blog Widget by LinkWithin

Mungkin Mengubah Hidup Anda?

S.U.D.O.K.U GAME aku suke!

 

Blog Template by YummyLolly.com | Design Edited by MyBlogSaloon